Profil Syarikat

IOU Resources di tubuhkan Oleh En Mahyiddin Lutpi pada tahun 2020 untuk menjadi sebuah organisasi yang menfokuskan penyelesaian masalah dalam industri pertanian dan penternakan.

Walaupun baru ditubuhkan, pengasas syarikat iaitu En Mahyiddin telah berpengalaman dalam bidang mesin dan kejuruteraan selama 5 tahun hasil daripada penglibatan beliau dalam projek-projek berskala kecil dan sederhana besar.

Banyak usahawan pertanian seperti usahawan cendawan, usahawan pembuatan baja dan juga makanan ternakan telah di bantu oleh beliau.

Bagi Pengusaha cendawan, IOU akan membantu untuk mengautomasikan proses kerja yang dilakukan dengan mesin-mesin keluaran IOU.

Bagi Penternak IOU akan membantu menjimatkan kos makanan ternakan dengan kepakaran dalam nutrisi makanan dan juga proses pembuatan.

Bagi Petani, IOU dapat membekalkan mesin-mesin yang memudahkan urusan pertanian.

Visi dan misi IOU adalah membantu golongan petani & penternak dalam memudahkan urusan kerja harian dan seterusnya menjimatkan kos proses yang dilakukan.